Sunday 24 February 2013

untuk 3 hari ( OPIM)

ASSALAMUALAIKUM readers :)

ehem2 dalam dunia yang serba moden ni apa yang kita nak semua dah segera kan ? jangan tak tahu kami boleh dapat "family instant" untuk 3 hari :) hebat tak hebat lah kan. okay actually dekat UiTM Segamat ada satu program anak angkat OPIM which is stand for 'Operasi Khidmat Pendidikan Dan Masyarakat'. dengan muka excited jiwa meronta ronta Yatt dengan 3 kawan yang lain pun menyertai program tersebut. program tu akan dilaksanakan dekat Palong Timur Segamat, hehe ( tak jauh mana pun ) but still kitorang excited gila nalekkkkkkkkk !


 serba ringkas al- kisah OPIM untuk 3 hari

DAY 1 ( 11 JANUARY 2013 ) 

Boleh dikatakan ramai yang pergi, mana taknya 4 bas engko ! kitorang bertolak dalam pukul 3 petang dan tiba dekat Palong Timur yang indah tu dalam pukul 5.30 petang. First impression tentang tempat tu tak adalah teruk sangat seperti orang lain kata. yelah felda dah maju kan sekarang, rumah pun lagi besar dari orang bandar cuma biasalah ABANGLA ramai lah sikit ;p
sampai je dekat sana kami dismabut baik oleh penduduk merangkap bakal bakal family angkat kitorang. selepas setengah jam ucapan dan kata kata aluan ditambah pula dengan sedikit jamuan minum petang ( sedap gila apam dia ) haha! lepas tu upacara penyerahan anak angkat pulak, nervous sangat ! 
lepas dah dapat family masing2 kitorang dibawa balik ke rumah mereka pulak ! nak tengok rumahnya ? JOM !



Add caption

besar kan ? Yatt dapat adik beradik angkat 3 orang tau, even kitorang satu kampus tapi tak pernah kenal dan alhamdulillah program ni buat kitorang rapat sampai sekarang. Anas dengan Ewka course banking part 4 dan classmate Yatt sendiri Raihana diim part 3 :) sesampai kat rumah je tunaikan solat dan bersihkan diri terus beramah mesra, memula segan dan kekok yelah orang yang kita tak kenal kena panggil mak abah. haha ! tapi lama2 kemain lagi :)  malam paling heaven gua cakap sama lu ! mak angkat kitorang masak punyalah banyak sampai buncit perut memasing, hehe selepas makan dan solat kitorang tengok maharaja lawak sama2. sweet tak ?


DAY 2 ( 12 JANUARY 2013 )

bangun je pagi kitorang sarapan bersama then tolong mak dekat kantin, maklumlah mak angkat kitorang meniaga kantin ayah angkat pulak jaga dekat sekolah tu. punyalah tak nak jauh mak abah angkat kitorang tu, sumpah sweet ! haha, aktiviti seterusnya dekat balai raya aje kengkonon nak gotong royong tapi idokkk pun yang dapat hanyalah tanam pokok kat tepi jalan. tapi soryy lah cakap aktiviti seterusnya yang dalam dewan tu sumpah bosan, kitorang dalam hati dah meronta nak balik rumah makabah angkat kitorang, aktiviti petang dimana memasak beramai ramai bersama students kitorang ponteng untuk spend time dengan makabah angkat kitorang ! kehkeh :D 
pukul 5 petang kitorang diwajibkan hadir untuk sukaneka dan the best part is mak ikut untuk bagi sokongan !! hoyeeaahhh !! walaupun penat dia still layan kitorang lagi. sayang mak limah lebih lah. overall aktiviti sukaneka itu memang best dan kitorang adik beradik dapat tempat kedua dalam acara "sayang awak"





tapi aktiviti solat berjemaah dan yasin dekat masjid malam itu tetap kitorang pergi walaupun hati berat tak puas luangkan masa dengan makabah :( dan yang paling jahat ialah esok kitorang adik beradik angkat dah planning nak ponteng aktiviti pagi sebab ahad tu last day kot mestilah kitorang nak luang masa dengan family angkat kitorang kan ? dan yang paling cool ialah mak abah angkat kitorang sokong ! HAHA


DAY 3 ( 13 JANUARY 2013 )
macam hari2 yang sebelum ni kitorang bangun pagi solat subuh then bersihkan diri dan apa lagi mohh lee tolong emak masak di dapur ! kitorang berborak bergurau dan berkongsi cerita tak ubah macam family sangat rapat dan akrab. acehwahh ! lepas je sarapan kitorang jenjalan naik moto keliling felda yang tak tahan tuu Yatt dengan classmate dapat motor rempit. :p 

                                    


balik dari jalan jalan dengan muka selamba pergi rumah jiran makan durian. HAHA ! lagupun jiran sebelah tu pun ada ambil anak angkat dan Yatt kenal siapa sebab itu muka tak tahu malu sikit lagipun makcik sebelah tu baik dan ramah orangnya :)




muka budak ponteng aktiviti :)

setelah lama bertandang dekat rumah jiran kami 4 beradik balik ke pangkal jalan, kehkeh. oishhh mak tengah masak ayam masak lemak, sambal goreng dan eh banyak lah. mak abah suruh kami siap2 nak pergi rumah orang kahwin so kitorang pun follow jela :)
balik dari tu tibalah masa mengemas semua barang dan tinggalkan rumah dan family tu, sedih sangat! mak bekalkan lauk dan abah bagi duti. ehe alhamdulillah dapar rm20 :) menangis jangan cakaplah kan masa nak berpisah tambah pulak tengok mak angkat kitorang nanges tapi nak buat macam mana kita hanya untuk 3 hari sahaja. tapi in shaa Allah kami akan datang jenguk mak abah dekat sana. semoga hubungan kami tidak untuk 3 hari sahaja tapi untuk selamanya, AMIN

P/S : rindu meluap luap dekat mak imah dan abah othman serta adik beradik angkat yang sewel merangkap sengal :(




No comments:

Post a Comment

design by HAYATUL SAFFIERA