Monday 25 February 2013

serikandi cinta wali Allah

assalamualaikum readers :)

bismillahirrahmanurrahim,
terasa rugi jika kita kenal artis luar negara artis hindustan lah kpop lah, tapi serikandi agung RABIATUL ADAWIYAH kita tidak kenal dan kita tidak tahu kisah dia..entry Yatt kali ini nak bercerita serba sedikit tentang wali Allah Rabiatul Adawiyah.

Rabiatul Adawiyah..
Seorang wanita yang mengabdikan seluruh kehidupannya hanyalah untuk Allah. Masanya dipenuhi hanyalah untuk beribadah kepada Allah semata-mata. subhanaAllah beliau boleh dikatakan satu dalam seribu. Dialah insan yang mencintai Allah lebih dari segalanya.

Rabiatul Adawiyah..
anak keempat dalam satu keluarga miskin dilahirkan pada kurun pertama Hijrah di kota Basrah, tebing Sungai Dajlah, Iraq. Bapanya bernama Ismail bin Muhammad Dawi. Rabiatul Adawiyah dilahirkan dalam keluarga yang warak. Sejak kecil lagi beliau telah dapat menghafaz Al Quran. Selain itu Al Quran juga menjadi penawar hatinya dan ubat bagi mengubati segala penyakitnya. 

Rabiatul Adawiyah..
Beliau sentiasa tenang dan tidak gopoh apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Bila waktu makan, beliau makan sedikit dan berhenti sebelum kenyang dan sering mengingatkan ayahnya :

"Wahai ayah, lebih baik bersabar kerana lapar di dunia daripada bersabar terhadap azab Allah di akhirat.”


melihat dari tingkah laku dan sikap nya yang mulia itu boleh terlihat bahawa Rabiatul Adawiyah akan menjadi  salah seorang kekasih Allah s.w.t, tapi untuk menjadi salah seorang kekasih Allah s.w.t Rabiatul Adawiyah banyak ujian dan dugaan yang diberikan kepadanya. ini kerana Allah SWT tidak akan mengangkat darjat seseorang dengan semudah atau tanpa diuji terlebih dahulu.


ujian demi ujian dugaan demi dugaan

* ayah dan ibunya meninggal dunia dalam usianya yang masih muda
membuatkan beliau terpaksa berpisah dengan adik beradiknya yang lain
* menjadi yatim piatu dan sebatang-kara tanpa saudara mara tempat mengadu dan        
   bergantung hidup
*bandar Basrah tempat tinggalnya telah dilanda musim kemarau yang sangat teruk dan     
  berakhir dengan kebuluran dan kemusnahan. Ini membuatkan Rabiah terpaksa    
  berhijrah ke tempat lain yang lebih selamat.
*sewaktu perjalanan untuk berhijrah ke tempat lain Rabiatul Adawiyah ditangkap oleh  
  perompak 
untuk dijadikan barang rampasan dan beliau telah dijual di pasar sebagai
  hamba abdi.
*dijadikan hamba, Rabiatul Adawiyah terpaksa bekerja kuat siang hari, membanting  
  tulang empat keratnya mengangkat
 air, mengemas serta mengurus rumah. Namun  
  begitu, walaupun keletihan, di malam 
hari, tetap digunakan untuk bermunajat dan
  beribadah kepada Allah.
*dikejar oleh orang jahat dan terpaksa lari menyelamatkan diri tetapi malang, kakinya
  telah tergelincir lalu jatuh sehingga menyebabkan tangannya patah.


walaupun diberi dugaan demi dugaan sehingga tangannya patah Rabiatul Adawiyah tetap berdoa ketika dugaan tangan patah yang diberikan kepadanya..

“Ya Allah, aku ini anak yatim lagi abdi. Sekarang tanganku pula patah. Sungguh aku tidak peduli itu semua asalkan Engkau redha padaku, dan tunjukkanlah akan keredhaanMu itu.”


tanpa diduga beliau mendengar bisikan menyuruhnya bersabar dan redha dengan ketentuan Allah serta mengingatkan janji janji Allah s.w.t di akhirat kelak dan membuatkan Rabiatul Adawiyah cinta dan redha kepada Allah s.w.t semakin teguh. pada suatu malam Rabiatu Adawiyah bangun bertahajud dan ketika Rabiatul Adawiyah sedang berdoa,merayu dan munajat  kepada Allah tuannya terbangun dan tidak sengaja terdengar butir butir doa tersebut.

“Tuhanku, Engkau lebih mengetahui bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan perintah-perintahMu dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa wahai cahaya mataku. Jikalau aku bebas, aku akan habiskan seluruh masa malamku dan siangku dengan melakukan ibadat padaMu. Tetapi apa yang boleh aku buat kerana Kau jadikan aku hamba kepada manusia.”


denagn tiba tiba bilik Rabiah diterangi cahaya yang terang-benderang sedangkan dalam bilik itu tidak ada pelita atau lampu. Ini membuatkan tuannya sedar dan insaf akan kesalahannya kerana tidak membebaskan orang yang begitu hampir dan cinta kepada Allah. serta merta keesokan harinya tuaanya berjumpa dengan Rabiatul Adawiyah memberitahu bahawa ia menyesal kerana memperhambakan Rabiah selama ini bahkan dia pula bersedia untuk menjadi hamba kepada Rabiatul Adawiyah. hal itu membuatkan Rabiatul Adawiyah terharu  dan akhirnya, Rabiah Al Adawiyah kembali menumpukan sepenuh perhatian untuk beribadah dan memuji-muji Allah, mencurahkan harapan dan isi hatinya kepada Allah. Dia cintakan Allah sepenuh jiwa dan perasaan kerana dia dapat melihat Allah dengan ‘ainul basyirah’. Dia sedar hanya Allah sahaja yang layak dicintai dan dirindui serta dipuja dan hanya Allah yang mempunvai sifat-sifat yang lengkap untuk dipuji.

Cintakan makhluk pada pendapat Rabiah Al Adawiyah tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal. Cintakan makhluk seringkali membuatkan seseorang itu kecewa, merana, menderita dan terseksa. Oleh itu, tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta makhluk itu sendiri. Bahkan Rabiah Al Adawiyah sentiasa menangis. Air matanya terlalu mudah tumpah walaupun kesalahan yang dilakukan tidaklah seberat mana, cuma lalai atau lupa pada Allah sedetik sahaja tetapi dirasakan terlalu besar dosanya. 

Ada orang bertanya kenapa Rabiah Al Adawiyah mudah menangis? dan menjawab menjawab

“Aku takut berpisah dengan Allah walau sedetik pun dan aku tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku takut Tuhan akan berkata kepadaku tatkala menghembuskan nafasku yang terakhir, jauhkan dia dari-Ku kerana dia tidak layak berada di majlis-Ku.”

Antara doa Rabiah Al Adawiyah yang termasyhur ketika beliau bercakap-cakap dengan Tuhan dan tatkala merintih di waktu sunyi berbunyi: 

“Tuhanku, apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa saja kebaikan yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang beriman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka. Aku hendak andangan Engkau padaku sahaja. Doaku pada-Mu ialah sepanjang hayatku, berilah aku dapat mengingati-Mu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandang-Mu.”

No comments:

Post a Comment

design by HAYATUL SAFFIERA