Tuesday 26 February 2013

my beautiful MALAYSIA !

Assalamualaikum my beloved readers :)

entry hari ini akan berkisahkah tentang gambar di atas ? korang semua mesti tahu kan, walaupun mungkin sedikit confused apakah tujuan dan apakah sebab diadakan MY BEAUTIFUL MALAYSIA ni..haa ni lah Yatt nak cerita maklumlah saya ni salah seorang peserta yang bertuah menyertainya, acehwah ! HAHA


APA ITU MY BEAUTIFUL MALAYSIA ?

My Beautiful Malaysia,program untuk transformasi sosial yang dilancar Datuk seri Najib Tun Razak di Taman Medan,Petaling Jaya pagi Ahad catat sejarah tersendiri bila disertai oleh 1 juta orang di lebih 300 lokasi di seluruh negara. My Beautiful Malaysia adalah usaha untuk mengubah mengingatkan rakyat bahawa adalah penting untuk menyedari bahawa masa depan negara bergantung kepada sistem, nilai, budaya dan sikap masyarakat. Fokus utama 1M4U adalah untuk menanam semangat kesukarelawanan disamping membantu mereka yang memerlukan berlandaskan misi memupuk tanggungjawab sosial dikalangan Belia Malaysia.




hah ! sekarang dah terang lagi bersuluh kan dan tidak perlulah engkorang tertanya tanya lagi. Yatt join program ni under unit sukan UiTM Segamat, ada 3 tempat iaitu Segamat, Kluang dan Muar. ehem niat di hati nak pergi yang dekat Muar tu sebab ramai orang cakap dapat masuk tv dan PM kte ada tapi sayang Yatt dapat dekat Kluang. kehkeh, tak apalah yang penting ikhlas di hati nak pergi. HAHA ! 

3 FEBRUARI 2013

6. 00 am : bertolak dari UiTM Segamat
6. 45 am : solat subuh dekat masjid ( lupa dekat mana )
8.15 am : tiba di lokasi ( KLUANG AKU DATANG !)

sampai terus dapat t-shirt warna merah tapi size DOUBLE XL ! dalam fikiran terus fikir nak bagi abah balik nanti, boleh dia bawak pergi mancing. haha. lepas nyanyian negaraku dengan lagu bangsa johor, kitorang dengar serba sedikit taklimat. taraaaa lepas tu hujan pun turun dengan selebat lebatnya, tak berlari semua orang cari tempat berteduh. ehh bukan student UiTM je ada, IPT lain pun ada dan yang paling menarik budak budak PLKN pun ada. alahai terus merindui kem PLKN Hijrah Penor :(


9.30 am : aktiviti beramai ramai membersihkan kawasan Kluang.
11.00 am : berhenti berehat sambil melihat tarian dangdut oleh mak kepada bienda.
11.30 am : makan ! dapat KFC woooooo
12.45pm : bergerak balik Segamat


sebelum balik sempat jugak ambil beberapa gambar untuk dibuat kenangan !

farahin darwish :)

Alin'aaaaa

mari mengutip sampah ;p



IAM4U

No comments:

Post a Comment

design by HAYATUL SAFFIERA