Tuesday, 5 February 2013

INFORMATION MANAGEMENT course paling kacang ?

assalamualaikum :)

okay tajuk malam ni agak kontrovesi sikit dan mungkin sensitif untuk2 student aliran diploma Information Management ni. Sebenarnya bukan nak cerita yang tidak baik tentang course ni tapi kasi terang sama mereka mereka yang menghina dan yang memandang rendah dekat course ni. ( ehem2 saya budak IM! ). Jujur cakap Yatt sangat2 bersyukur dapat further study dalam aliran IM ni, sangat seronok ! 

tapi adat resam dalam dunia memang mulut manusia kita tak boleh nak tutup, mereka akan cakap apa yang diorang suka tanpa mengetahui kebenarannya. adatlah tu kan geng ? banyak mulut orang yang dok kata student IM ni acah acah HOT, student IM ni rutin tengok movie je, student IM ni budak course campak, apa lagi ? sumpah panas tapi tak apa anggap jelah diorang jealous sebab student IM memang awesome !

ada apa dengan diploma information management ??


mengikut apa yang Yatt faham selam 3 sem ni, pembelajaran kami terbahagi kepada 3 iaitu bidang library, bidang rekod dan system. alah kiranya IM ni macam nescafe 3 in 1 tuu, awesome gila kan ? dalam satu course boleh belajar 3 benda yang berbeza. KAU HADOO ? kalau tak ada sila diam dan berhenti mengata okay :)
course ni memang sesuai rasanya untuk orang2 macam Yatt yang kalau pandang math tu macam nak hentak kepala je, haha ! mungkin orang perlekehkan kami sebab kami tak ada menatang MATHEMATICS tu kot. tapi diorang silap, kami student IM pelajar paling berfalsafah dan bukannya falsampah. Student IM memang kena elakkan makan kepala ikan dan semut terutamanya sebab course ni memag banyak menghafal.

secara kasar IM ni banyak belajar perkara perkara yang akan dipraktikkan masa kerja nanti. nak contoh ?

* cataloguing ( library)
* design web/blog/etc (guna HTML)
* pengurusan rekod 
* organize event & promotion
* belajar buat cover majalah/novel/poster
* komponen komputer
*communication skills/public speaking
* buat flash presentation (yang ni paling best!)

sebenarnya banyak lagi tapi itu diantaranya benda yang ada dalam dip IM ni. siapa yang teringin nak ambil course ni percayalah course ni seronok sebab selain dari teori yang kita dok hafal tu kita juga belajar dan praktikkan apa yang kita belajar tu. course ni tak adalah bosan pun tapi bagi Yatt course ni kira kreatif apa, kan ?
  soal pekerjaan ?

berdasarkan apa yang Yatt tahu dari lecturer dan senior2 IM soal pekerjaan bagi course ni tak adalah rumit mana pun. Alhamdulillah majoriti student IM dapat kerja, dah rezeki diorang kan ? hehe. dalam jurusan ni kan ada 3 aliran macam library, record dan system. jadi peluang pekerjaan tu banyak. kita ambil contoh rekod, andaikata kita lebih berminat dalam bidang ni kat mana2 pun kita boleh kerja sebab semua agencies has their own record right? siapa yang nak manage semua itu ? mestilah student IM kan ! even petronas ada rekod ni tau, korang kena ingat mana2 agencies mesti ada dia punya information center jadi skop pekerjaan dalam course ni sanagat luas.

kami pelajar jurusan diploma information management boleh dianggap HEBAT kerana ? 

  • kalau student course lain dapat assignment 2-3 dah cuak tapi kami ? assignment menimbun kadang kadang assignment lebih dari 10 tetap acah acah cool.
  • orang lain sibuk study week tapi kami ? masih berjuang demi assignment dan final project.
  • kami hebat menghafal (ini semua poyoo ;p)
  • interview orang tu orang ni sana sini mengalahkan wartawan engkoo

macam dah banyak je kan Yatt membebel, okay dah sampai di sini jekk. siapa siapa kat luar sana yang ada terlintas di fikran terdetik di hati nak ambil course ni jangan segan jangan malu kerana anda adalah insan terpilih ! haha, jangan lupa beli kismis banyak banyak yee ;p





No comments:

Post a Comment

design by HAYATUL SAFFIERA